BERSAMA MEMBANTU SAUDARA ISLAM DI PALESTIN

Oleh: Zuliatini Md. Joni

Assalamualaikum,
Membaca berita tentang Gaza amat mengecewakan dan menyedihkan kita, ditambah lagi dengan gambar-gambar kesan kekejaman mereka. Kesedihan dan kemarahan umat Islam di Malaysia dilihat semakin memuncak dalam menentang kekejaman regim Zionis terhadap bumi Palestin. Saban hari banyak sms, mesej dari 'yahoo messenger' dan email diterima utk kita memboikot produk-produk yang dikatakan menyumbang kepada kekejaman Israel. Terbaru, saya menerima berita mengatakan McDonald dan Starbucks telah bersetuju untuk menyumbang kepada Israel sebagai sokongan akan perbuatan mereka.

Bagaimanapun, saya agak kurang pasti samada syarikat-syarikat yang didakwa menyumbang yang menjalankan operasi di Malaysia ini, juga terlibat. Perkara ini perlu dirujuk dengan kementerian yang bertanggungjawab, kerana ada kemungkinan kerajaan kita telah mensyaratkan mereka untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan hanya kepada masyarakat Malaysia yang memerlukan atau jika tidak, mereka perlu mengesahkan ke mana bantuan akan disalurkan dengan kebenaran kerajaan Malaysia. Ini kerana, keuntungan yang diperolehi datangnya dari rakyat Malaysia itu sendiri, terlalu ramai di antara kita yang: makan di McD - minum di Starbucks - menggunakan telefon Nokia -berblog dengan komputer berprosessor INTEL dan sebagainya. Produk-produk yang dikatakan menyumbang kepada kekejaman Israel boleh dilihat di sini. Namun, yang terbaik buat masa ini, marilah kita berhenti membeli produk-produk ini.

Selain itu, banyak lagi usaha lain yang boleh dibuat. Gerakan Belia 4B Wilayah dan Kawasan Cheras, sebagai contoh telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan A.S sebagai tanda bantahan. Memorandum ini mengandungi 6 gesaan yang mana mendesak sesuatu dilakukan ke atas Regim Zionis yang kejam. Ini adalah antara usaha persatuan-persatuan mahupun NGO dalam membantu mereka di sana.

Paling mudah, apa kata kita sama-sama berdoa & membaca Qunut Nazilah kepada mereka yang sedang bertarung di Palestin, saudara Islam kita.

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian merekaDan hantarkanlah anjing-anjing Mu ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan Yang Maha Penghukum
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

(sumber disini)

Mungkin kita boleh mulai sekarang mendaftar sebagai sukarelawan/wati di mana-mana agensi mahupun badan sukarela. Jom kita, kalau berani..